tp arini bkn nk cte psl apa sy but just nk kongsi cte sdh ckit.. spt biase bkk je email. of couse la bc email.. but ttibe sy t'tarik ngan 1 email nie.. sender from my sis but email nie d'fowardkn dari org lain.. sdh sgt kisah nie.. seorg insan kecil yg b'nama ALIFF HAKIMI MOHD HAFIZ NOR..
korang bc la ksh dia yer.. jika d'hayati blh menangis...
Aliff admitted ke PPUM pada 7-December-2009 dari jam 6.30pm.
5 hari sebelum admitted, simptomnya adalah muntah sekali sehari..& setiap hari (5 hari), terutamanya di waktu pagi antara jam 8pg- 10pg. Aliff dibawa ke klinik, kata doctor, hanya kembung biasa.
Hari ke-2 muntah berulang lagi, dia dibawa berjumpa doctor lain. Kata doctor lain itu juga sama, iaitu kembung,
Hari ke-3 & hari ke-4 Aliff masih muntah di waktu pagi, Hari ke-5 ibunya nekad membawa Aliff ke PPUM untuk
berjumpa dengan pakar kanak-kanak.
Pada 7hb-December-2009 (hari ke-5) Jam 6.30ptg. Aliff dibawa ke PPUM & berjumpa dengan pakar kanak-kanak di sana. Pada hari itu dia muntah sebanyak 4 kali, iaitu di waktu pagi, petang dalam jam3.++ & 5.40pm dan lagi sekali
lagi semasa di PPUM dalam jam 6.35ptg.. keadaan dia pada masa tu agak lemah, mungkin kerana muntah tersebut.

memastikan perkara tersebut, pada jam 8++ aliff di bawa ke bilik CT scan. Keputusan
CT scan menunjukkan Aliff memang tidak sihat & bermula malam tu, dia admitted ke
pediatric 3.
Esoknya. 8hb-December-2009 doctor membuat keputusan untuk melakukan satu
pembedahan kecil di kepalanya bagi mengeluarkan takungan cecair yang
menyebabkan dia muntah.
9-15hb December-2009
kira-kira seminggu selepas mengeluarkan cecair di kepalanya,
keadaan Aliff semakin stabil & sihat. Tidak lagi muntah seperti sebelum ini, cuma dia
tidak dapat berjalan.sendiri. Sepanjang berada di wad pediatric 3.. dia sangat manja &
inginkan perhatian yang lebih. Tidak mahu berjauhan walaupun sekejap, terutamanya
dengan abahnya. Mungkin kerana dia tak biasa atau mungkin takut dengan keadaan
wad. Setiap 2-3 hari. doktor/nurse akan datang untuk mengambil darah bagi
memastikan tahap kesihatannya sebelum melakukan pembedahan yang seterusnya.
Alhamdulillah. dalam masa seminggu itu kesihatannya sangat baik dan ini memudahkan
dan membolehkan pakar untuk meneruskan pembedahan berikutnya..
16-December-2009 beberapa minit sebelum ke dewan bedah……............
Aliff tertidur……………………..
Semasa mendokong Aliff masuk ke dewan bedah, perasaanku sangat resah,
takut & teramat gelisah, apapun aku tetap gagahkan & tabahkan hati. Hanya
doaku yang mengiringinya di saat itu. Rasa seolah-olah mahu berdiri &
menunggu di situ. Aku ingin melihat proses pembedahan dilakukan. Tapi apakan
daya, sememangnya ia tidak di benarkan. Pakar bius menyuntik cecair putih
(bius) di lengan kirinya, dan suntikan itu menyebabkan dia terjaga dari tidur.
Selang beberapa saat, kesan ubat bius tersebut terus membuatkan dia tidak
sedar. Namun sempat juga dia memanggil “abaaah” dalam nada yang sederhana
tatkala ubat bius mula memberi kesan sepenuhnya. Dengan perasaan yang takut
& gelisah, aku meninggalkan Aliff di dewan bedah bersama kira-kira 6-7 orang
yang di panggil “BLUE TEAM” (neuro team). Seingat aku, mereka terdiri daripada
pakar bius, pakar bedah, pakar saraf, pakar otak & nurse-nurse.
Sebagai orang dewasa, melihat peralatan di dewan bedah itu pun sudah cukup
menakutkan…… aku berdiri di muka pintu seketika sebelum aku di suruh oleh
nurse untuk menunggu di dewan menunggu.
Semasa berada di dewan mengunggu aku rasakan kami sekeluargalah yang paling lama menunggu di situ.
Istilah “penantian suatu penyiksaan” memang tepat buat aku tatkala menanti anak yang sedang bertarung nyawa di dewan bedah. Semasa menunggu, hanya doa dan surah-surah Al-Quran
menjadi peneman yang menenangkan keadaan kami sekeluarga.. Sukar di
gambarkan keadaan sewaktu menunggu itu. Aku sebagai bapa berdoa dan
mengharapkan pembedahan itu berjalan lancar. Pada waktu itu, tidak
langsung aku sedar akan soal makan & minum, malah untuk duduk di kerusi
pun aku rasa hanya seketika saja….
Ahli keluarga yang lain turut setia menanti di ruang menunggu. Walaupun Ibu
mertuaku dalam keadaannya yang kurang sihat itu tetap setia & tabah
menunggu cucu lelaki sulungnya. Banyak kata-kata semangat diberikan
olehnya buat aku & isteri.. walaupun jelas kelihatan kegusaran di wajahnya
namun dia tetap bersama menanti sehingga pembedahan selesai..
Kira-kira jam 10.40pm, sempat aku berjumpa dengan salah seorang professor
yang terlibat dalam pembedahan itu. Professor Damendra.
Mengikutnya, pembedahan telahpun berjaya, dan hasil dari pembedahan itu, kesemua “penyakit” itu berjaya di
keluarkan.. Alhamdulillah.. Syukur…….
Pembedahan itu selesai kira-kira jam 11mlm.. dan Aliff terus di bawa ke wad IICU..
17-Dec-2009 sehingga 24-dec-2009 (IICU)
Ketika ini, Aliff di bawa untuk menjalani MRI scan bagi memastikan
kejayaan pembedahan tersebut.
Semasa berada di IICU (Aliff bernafas menggunakan antara 70% - 80% alat sokongan & bantuan pernafasan)
Di masa ini Aliff berada dalam keadaan yang sangat kritikal. Dia tidak sedar, tidak dapat bergerak, mahupun mengawal anggota badan (ada kalanya anggota badanya bergerak secara agresif di luar kawalan). Dapat dilihat anggota badan terutama bahagian mukanya membengkak akibat pembedahan yang mengambil masa yang lama itu (12 jam). Mengikut keterangan professor, sepanjang proses pembedahan itu, Aliff berada dalam keadaan meniarap (pembedahan dilakukan melalui bahagian belakang kepalanya kira-kira 7-8cm). Mengikutnya juga, Aliff kehilangan banyak darah semasa pembedahan. Darah yang diganti antara 3-4 bag.
Semasa di IICU mata Aliff adakalanya terbuka seketika & tertutup...(bola mata kirinya berada kedalam&kebawah). Mengikut professor, ini disebabkan oleh pembedahan yang melibatkan
bahagian kanan kepalanya. Setiap malam, tidur bersamanya, pastinya hatiku menangis. Malah
ahli keluarga yang datang menjenguknya turut berasa sedih & sayu melihat keadaannya ketika itu, matanya tertutup. Wire ada di kebanyakan anggota badanya. (hidung, leher, kaki & tangan) Tiada kata yang terucap ketika memandang muka anak kecil ini selain doa. Teramat sayu & sangat sedih melihat keadaanya. Seorang anak yang periang & ceria, secara tiba-tiba menjadi sebegitu. Sungguh besar dugaan ke atasnya. Sehingga sekarang pun, jika di ingatkan saat-saat itu atau melihat kembali gambar-gambarnya semasa berada di hospital terutamanya di IICU, rasa sedih & sayu masih dapat dirasai. Kira-kira 8 hari dia berada dalam unit kawalan IICU & 5 hari di ICU. Sememangnya tiada isitlah untuk tidur bagi kami sekeluarga di masa itu. Pada aku soal tidur seharusnya dilupakan seketika. Setiap saat menjadi sesuatu yang amat berharga buatku untuk bersamanya. Selangkah untuk berjauhan dari katilnya membuatkan aku resah. Jika diikutkan sesaat pun tak ingin untuk aku berjauhan darinya, melainkan untuk mandi, makan & solat. Setiap pagi dari hospital, terus ke tempat kerja. Masa “lunch hour” semestinya aku akan hospital menjengguknya walaupun hanya untuk 5 hingga 10 minit sahaja. Selepas balik dari kerja, aku terus ke hospital untuk menemaninya. Itulah rutin aku selama beberapa minggu sepanjang Aliff berada di hospital. hampir sebulan jugaklaa.. Keadaan aku sekeluarga agak tidak terurus pada ketika itu. Adiknya, Ainur Haziraa terpaksa aku hantarkan ke kampung untuk tinggal bersama neneknya di Besut, manakala kakaknya Ainur Humairaa kadangkala dijaga kakak & abangku dan ada kalanya pengasuh yang menjaganya, begitulaa keadaan kami sekeluarga. Pernah juga 4-5hari aku tidak balik ke rumah kerana kalau balik rumah pun, hati pastinya resah gelisah teringatkan Aliff di hospital.
Ada satu pagi, semasa di IICU. Aliff tersedar awal..dalam jam 7pagi. Masa itu aku seperti biasa sudahpun bersiap untuk ke tempat kerja.. kebiasanya aku akan tunggu di situ sehingga ibunya sampai untuk menemaninya di siang hari, tetapi hari tu, ibunya terlewat & aku pun sememangnya sudahpun lewat untuk ke pejabat. aku terpaksa ke pejabat setelah hampir 2 minggu bercuti & juga kerana pada hari itu ada “training”. Aku bisik di telinganya
"Aliff tunggu kejap yea, abah nak gi opis. Ibu kejap lagi sampai, ibu dah ondaway tu.. jap gi sampai laa. Tunggu yea.."
Tiba-tiba dalam keadaan dia yang sangat lemah. Mata pun tak dibuka, jari jemarinya menggengam tanganku.
Walaupun sepatah perkataan tidak keluar dari mulutnya, tetapi… secara tiba-tiba air matanya mengalir laju, seolah-olah dia berkata sesuatu kepadaku supaya tidak meninggalkannya keseorangan di situ.. ya Allah….. aku sebak dengan situasi itu & aku terus menunggunya sehingga ibunya sampai.
Masa di IICU, Kalau tak salah, ada 6-7 line kat badan dia.... machine dari yang kecil hinggalah sebesar-besar machine.
29 December 2009 – 13 January 2010
Aliff di kuarantin kerana “blood infaction” suhu badanya tak menentu, Aliff di letakkan di bilik berasingan daripada pesakit lain untuk mengelakkan sebarang jangkitan kuman berikutan “immune” badanya yang sangat lemah. Pada masa ini juga, doctor mengambil sample air tulang belakangnya (LP) untuk memastikan tulang belakang & sarafnya dalam keadaan yang baik dan untuk memastikan tiada sebarang jankitan. Pada mulanya, amat berat untuk aku
membenarkan LP dari melihat keadaannya pada masa itu, tetapi bila difikirkan sedalamnya, ia adalah untuk kesihatan & pengesahan keadaan Aliff selepas pembedahan, lalu kami mengizinkan LP di ambil.
16-January-2010 genap sebulan selepas pembedahan
Pada hari ini dia discharge & masa ini Aliff baru sampai di rumah selepas kira-kira sebulan lebih berada di hospital. Jelas kelihatan dia begitu gembira sesampai sahaja di rumah, malah sewaktu di tempat parking kereta lagi dapat di lihat kegembiraan di wajahnya
Pada masa ini, Aliff hanya boleh minum susu khas untuknya yang diberikan melalui tiub pada hidungnya. Di masa ini Aliff hanya boleh senyum-senyum, & menggerakkan jari jemari sahaja. Malam pertama dapat tidur di rumah selepas sebulan lebih di hospital. Tidurnya sangat lena. Aku pula yang tak dapat tidur. Rasa gembira & risau masih menyelubungi aku… malam itu suhu badannya naik dan kami berjaga malam.
Bersama kakaknya Ainur Humairaa yang banyak memberi sokongan & dorongan & tapi kadang kala ada membuli adiknya juga :) masa ini adiknya Ainur Haziraa masih di kampung…. Ada
waktunya Aliff di lihat seperti mencari2 adiknya bila ditanya.
14-February-2010 kalau tak salah...
masa ini adalah pertama kali Aliff dibawa keluar bersiar-siar selepas 2 bulan lebih. Pada masa ini Aliff dah boleh bersandar pada kerusi.. & boleh meminta sesuatu sekiranya dia mahu.
28hb-February-2010 …
Akhirnya.. Aliff bertemu jua dengan adiknya… seronok!! Tiada kata yang dapat aku katakan selain bersyukur…
2-March-2010
Birthday Aliff yang ke-3. Disambut di rumah bersama Ibu, kakak & adiknya..
Walaupun pada masa ini tiub masih lagi ada, namun, dia dah mula belajar untuk makan & minum menggunakan mulutnya.. otot pipi & keupayaannya untuk mengunyah & menelan semakin baik. Kiranya dia dah boleh makan sendiri walaupun mengambil masa. Dan yang paling seronok adalah… melihat Aliff boleh meniup lilin pada kek hari jadinya… Alhamdulillah.
24-April-2010..
Aliff semakin stabil, makan & minum seperti sedia kala, sudah boleh duduk sendiri dan kini sedang berusaha untuk mengawal keseimbangan badannya. Ada kalanya dia cuba untuk bangun sendiri dan sudah mencuba untuk memulakan langkah sekiranya ditegakkan badanya.
Melihat gelagat adiknya (10 bulan) yang sedang aktif merangkak & belajar berjalan, cukup memberikan Aliff dorongan untuk dia bersama-sama merangkak, bangun & berjalan.. Bola mata kirinya juga semakin kembali ke bahagian tengah mata..
Dari pembedahan pertama pada 8hb December 2009, sehingga April 2010.. kirakira
4 bulan dia tidak dapat berjalan (bulan pertama, langsung tidak bergerak) pada bulan yang ke-4, ada perkembangan yang sangat positif. Dia berusaha untuk bangun, berdiri sendiri & mulakan langkah. Aliff selalunya memengang kerusi untuk bangun sendiri. Kadang-kadang menonggek dia untuk mengangkat punggungnya kerana cuba untuk bangun berdiri sendiri. Motivasinya sangat tinggi & berani.
Setiap hari, mesti ada satu “improvement” yang akan dia lakukan. Dari jauh melihatnya,
kadang kala mengalir juga airmata kerana tersentuh dengan yang ditempuhinya di usia
semuda itu. Dan ada kalanya seronok bila melihat semangat & motivasinya untuk pulih.
Semasa rutine Aliff melakukan physiotherapy, boleh dikatakan setiap langkah yang di jadualkan di buat olehnya dengan penuh semangat & dedikasi. Semua dicubanya walaupun pada mulanya agak sukar untuk Aliff lakukan. Sekarang tiada apa yang paling membahagiakan selain melihat Aliff kembali
ceria & semakin sihat. Semoga Allah memberkati & melindungi Aliff. Aku juga
berdoa semoga Aliff kembali sihat & bertambah sempurna hendaknya.
Jika direnungkan kembali, semangatnya amatlah kuat, mungkin lebih kuat dari kita, walaupun usia yang membezakannya. Mungkin inilah berkat doa semua orang kepada Aliff. Yakinlah, kalau kita dalam kesusahan mahupun dalam apa jua ujian-Nya, minta lah doa kepada Allah. Doa adalah ubat yang paling mujarab. Kalau bukan kerana doa abahnya, mungkin doa ibunya, kakak atau adiknya, atau mungkin doa atok nenekya, atau doa-doa dari
ahli keluarga yang lain, atau mungkin juga doa dari sahabat-sahabat. Wallahualam...
“Ya Allah berikanlah Aliff kekuatan, lindungilah dia, berkatilah dia, berikalah
kesihatan, kesempurnaan & sembuhkanlah Aliff dengan rahmat-Mu. Tuhan
yang maha pengasih lagi maha penyanyang”. Amin.
Yang pasti.. setiap ketentuan-Nya, pasti ada hikmah di sebaliknya.. InsyaAllah.
4hb-May-2010
Harini hari yang pertama Aliff dapat makan dengan sendirinya..
dah boleh control kedua-dua tangannya untuk menyuap & memegang dengan stabil. Adik haziraa pun banyak memberi dorongan “berebut” dengan abangnya.
30hb-May-2010
Aliff dah berani & kuat untuk memulakan langkah walaupun dia masih
belum stabil untuk berdiri sendiri. Gambar semasa kami menghadiri kenduri keluarga Tok Ngah
6hb-June-2010
Saat-saat yang membahagiakan, kami sekeluarga dapat bersama kembali. Pada waktu ini.. kami
menyambut ulangtahun pertama kelahiran adiknya, Ainur Haziraa..
3hb-July-2010
Aliff terjatuh dari basikalnya.. bibirnya luka antara +1cm-1.5cm.. di bawa ke Damansara Specialist, Aliff admitted 1 hari, kena 7 jahitan pada bibirnya. Alhamdulillah tidak serius.
11hb-July-2010
Harini hari yang sangat happy. Kami sekeluarga pegi berkelah di air terjun Ulu Yam. Aliff sgt seronok dapat mandi manda. Sampai “kecut”
2hb-Aug-2010
Keadaan aliff tiba-tiba lemah. Muntah pada tgh malam jam 12.++ am. Tumor telah kembali seperti dulu.. dibahagian yang sama..
3hb-August-2010
Aliff terpaksa menjalani pembedahan tumor kali kedua. Kali ini tempoh pembedahan mengambil masa dalam 4-5jam.. dimasukkan ke ICU selepas pembedahan.. Doctor menggunakan CFS untuk monitor aliran cecair di kepala aliff 3hari selepas operation Aliff sedarkan diri, tetapi masih lemah. Selepas kira-kira seminggu Aliff dipindahkan ke wad peds 3. Keadaan Aliff semakin stabil.. Shunt operation. Memandangkan saluran asal aliran cecair CFS (Brain Fluid) tidak baik, aliff terpaksa menjalani pembedahan by pass dari kiri kepalanya terus ke perut (melalui bawah kulit badan).. saluran ini bagi memastikan pengumpulan cecair CFS tidak akan berlebihan di kepalanya, dan ia akan terus ke perut untuk discharge. Chemo-pot operation
Aliff menjalani satu pembedahan kecil bagi meletakkan Chemo-port di dadanya. Ini sebagai hub untuk proses penyuntikan ubat chemo.
Mengikut Professor Wan Ariffin, Aliff di jadualkan akan melalui 4 circle chemo, (3 minggu sekali)
16-September 2010
Aliff bersama Faiz sahabatnya favoritenya yang juga salah seorang pesakit Kanser tulang di wad peds 6. Aliff bertambah sihat.. & bertambah ceria.. Aliff kelihatan seperti sembuh & dapat melawan penyakitnya-
Alhamdulillah.
Sepanjang Chemo kami berulang-alik dari rumah dan hospital setiap hari.. dalam sebulan, 2 minggu di hospital & 2 minggu di rumah.. & ada kalanya 3 minggu di hospital.. .. semasa berada dirumah.. Aliff diberikan suntikan GCSF sekali sehari setiap hari sehingga sesi chemo seterusnya.. Akulah yang menjadi doctor.. memberikan injection untuknya setiap hari.. dari sesi chemo pertama & kedua.. aliff still okey.. makan-minum macam biasa.. tiada mutah
pun sepanjang chemo. Seolah-olah ubat chemo tu takde hal untuk tubuhnya.. Cuma rambutnya gugur & kulitnya kelihatan agak gelap sikit.
12-November-2010
Hari ini aliff bangun pagi seperti biasa, selepas makan pagi bersama, Aliff aku mandikan kira-kira jam 9pg.. selepas mandi & siap2kan Aliff dengan seluarnya.. Aliff kelihatan seperti mengigil2. Aliff demam dengan suhu 38+°, dikejarkan kehospital PPUM pada jam 1030+ pagi..
Semasa dalam perjalanan, Aliff mengigil agak teruk.. & badannya bertambah panas, sebaik saja sampai di PPUM, aku berlari mendokongnya menuju ke peds 6. Setibanya di Peds 6, Aliff diberikan rawatan kecemasan berikutan suhunya yang semakin tinggi serta degupan jantungnya yang agak cepat.. selang beberapa minit selepas itu Aliff muntah & ada sedikit darah keluar dari mulutnya. Aliff di pindahkan ke ICU sekitar jam 3ptg.. Keadaan Aliff pada masa itu agak serius…
Selang 2 hari.. Aliff semakin stabil dan dipindahkan semula ke wad peds 6. Aliff di letakkan di wad berasingan, inilah pertama kali Aliff di masukkan ke bilik berasingan sepanjang Aliff menjalani sesi kimo. Ini kerana doctor memberitahu bahawa terkena infection.
Seminggu di bilik berasingan.. keadaan Aliff nampaknya masih tidak bermaya. Aliff sangat kurang untuk bercakap, langsung tidak selera menjamah makanan, sesekali di berikan susu atau ubat Aliff muntah dan bila ditanya Aliff hanya mengadu sakit perut.. pada masa itu kelihatan perutnya kembung & kebanyakkan masanya dia memejamkan matanya.. walaupun sesekali bila dia mahu duduk di pangkuanku, namun Aliff tetap berdiam tanpa
suara & memandang kearah luar tingkap… melihat keadaannya memang sedih dan setiap kali cirit.. Aliff seperti sangat sakit sesekali dia menjerit kesakitan..
9.59pm – Aliff Demam, Suhu 37.3
15-November-2010
Hari ini aku dah mula bekerja di tempat baru.. di Takaful Ikhlas, smlm aku, wife & humairaa tidur di wad bersama Aliff, Pagi ini aku bersiap2 dari hospital & terus ke pejabat.. Pagi ini Aliff agak kurang bercakap.. tapi masih boleh mengangguk bila ditanya.. “Aliff.. cantik tak kasut baru abah?”.. Aliff hanya mengangguk.. & bila aku bagitaunya yang aku nak ke opis tempat kerja baru pun dia hanya memandang, namun dia masih lagi menghulurkan tangannya dan mecium tanganku untuk bersalam seperti biasa.
Petang dia agak emosi.. & taknak duduk..3.07pm suhu meningkat ke 39.4°.. apa yang ibunya bagi makan/minum.. dikeluarkan balik..dalam mulut serta lidahnya dah terdapat kesan ulser. Aliff hanya berkumur kiranya disuruh..
16-November-2010
Pagi Doktor ambil darah Aliff untuk Culture.. untuk memastikan Samada terdapat infection atau tidak – result culture menunjukkan negative.. so takder sebarang jangkitan disahkan oleh doctor.
17-November-2010
Harini Hari Raya Aidil Adha.. Awal2 pagi aku kehospital dengan Humairaa menjenguk Aliff dan ibunya, Kami makan pagi sama-sama. Jam 8.30 aku ke Surau PPUM utk solat Raya.
Sesudah solat.. aku bersama anak isteri & Aliff nampaknya agak sunggul.. jelas kelihatan dia agak muram tidak seperti biasa.
18-November-2010
Pagi Prof. Wan Ariffin datang melawat& melihat keadaan Aliff..
3.34petang, Aliff cirit birit lagi, Tube NG Aliff disambungkan terus ke plastic untuk membolehkan udara dalam terus keluar. Aliff Masih menggigil, suhu badannya tidak menentu,
hanya boleh suruh mulutnya di cuci menggunakan kapas & berkumur..
Minum air garam bagi menggantikan dehydrate akibat cirit.. tapi beberapa kali Aliff muntahkan balik air garam tu..
5.32pm.. Aliff diberikan air dalam “beg hitam” vitamin
6.42ptg Hujan lebat…
19-November-2010
Pagi.
Aku ke opis pada jam 8.10 dari hospital, Abangku menggantikan aku untuk menjaga Aliff pada masa itu kerana ibunya ke sekolah.
Pada pagi itu.. Aliff kelihat agak lemah.. sewaktu aku mandi pun Aliff tidak seperti biasa.. kebiasaannya bila aku/ibunya tidak ada dari penglihatannya.. pastinya dia akan memanggil… “abahhh come!!”
Sehingga aku dah bersiap pun Aliff hanya diam di katil.. pada jam 7.45-8pg.. aku bersarapan dengan Aliff, tapi dia hanya melihat sahaja.. & Aliff hanya meminum air masak.
Ibunya sampai di hospital pada jam 10.52 pagi..
11.42 pagi, Aliff kelihatan agak ceria.. & mula respon pada ibunya.. pagi itu.. Aliff memberitahu ibunya.. “Aliff makan donat”.. agak gembira aku mendengar berita itu.. mungkin Aliff dah nak sihat..
Petang, balik dari opis aku terus ke hospital menjenguknya.. petang itu aku menjenguknya sekejap.. kerana aku perlu ke rumah abangku malam nanti..
Aliff bersama ibunya hingga ke malam.. aku ke rumah abangku untuk mengambil barang… ketika ini.. hujan sangat lebat..
Jam 9.pm Isteriku menelefon & memberitahu heart rate & blood pressure Aliff agak tidak setabil.. & doctor membuat keputusan untuk membawanya ke ICU semula.
Aku terus menghala ke hospital.. Semasa sampai, Aliff masih di Peds 6.. staff & nurse sedang bersiap-siap untuk membawanya ke ICU. Semasa aku
tiba, Aliff terjaga dari tidurnya, sempatla aku bercakap dengannya walaupun dia hanya mengganguk sahaja.. berikutan agak lama menunggu pangilan bahagian ICU, Aliff di bawa semula ke wad, pada masa itu kedaan menjadi agak cemas, secara tiba-tiba BP & HR & tahap oksigen Aliff menurun… selepas diberikan bantuan bekalan oksigen keadaan dia kembali stabil, walaupun Aliff agak tidak selesa dengan tiub oksigen berada di hidungya.. aku & isteri
memujuknya untuk terus menggunakan bekalan oksigen.. dalam beberapa minit selepas itu.. Aliff terlena..
Kira2 jam 3.00 pagi… Aliff di bawa ke ICU.. doctor merawatnya seketika bagi memastikan Aliff stabil.. doctor memasukkan ventilator utk membantu Aliff bernafas. Selain itu..ada 8-9 machine utk antibiotic & lain2 ubat untuk Aliff.. bermula pada saat ini aliff tidak lagi sedar kerana bius.
Aku & isteri berjaga sehingga jam 5-6pg..
20hb-November-2010
Pagi
Semasa di ICU.. keadaan dia masih tidak menentu.. ada kalanya BP ok. HR tak
ok. Aliff menggunakan vibration ventilator bagi membantu pencairan kahak di
dadanya.. result x-ray menunjukkan terdapat kesan pengumpulan kahak &
doctor mengesahkan berlakunya pembiakan virus pada paru-parunya (pneumonia).
Petang
Keadaan Aliff masih seperti pagi. Ada masanya keadaannya ok.. dan ada
kalanya tidak.. pada masa ini kami amat risau & rasa tidak tentu arah.
Malam
Masih di ICU, Keadaan Aliff bertambah ok.. mengikut doctor yang bertugas.. keadaannya ok tapi masih lemah.. dan semua berharap agar dia bertambah ok… aku berulang alik dari dalam bilik icu keluar tempat menunggu.. agak berat untuk aku tinggalkan dia di bilik icu.. tapi di atas nasihat doktor Aliff sebaiknya di biarkan berehat di biliknya.. jadi aku hanya berulang-alik dari tempat menunggu ke bilik icu..
Bermula jam 10.30pm apa yang aku lihat pada machine menunjukkan Aliff kembali ok.. HR/BP/O2, semua bacaan machine menunjukkan status yang ok.. Cuma HR agak tinggi iaitu 160-170…
Dalam jam 11-12mlm aku menunggu Aliff di tempat menunggu bersama ibunya… dan aku tertidur di situ..
21hb- Nov-2010 bersamaan 14 Zulhijjah 1431H
Aku dikejutkan oleh isteriku sekitar jam 8pg.. agak lena kami tidur semalam kerana aku sangkakan Aliff juga bertambah ok.. namun pada pagi itu aku dikejutkan oleh isteriku kerana “Aliff dah buka mata tapi BP rendah!!”…. pada mulanya aku rasa gembira kerana mendengar isteriku memberitahu yang Aliff dah buka mata… Dalam keadaan masih separa sedar itu, terus aku mencuci muka dan masuk ke bilik icu untuk menjeguk Aliff..
Pada masa itu… doctor & beberapa orang nurse sudahpun berada di bilik Aliff… perasaan gembira aku bertukar resah… pasti sesuatu yang tak kena.. setelah berdiri di pintu seketika… keadaan bertambah cemas… seorang nurse di situ membawa emergency kit masuk ke bilik Aliff.. pada saat itu.. sangkaan ku memang benar… Aliff sebenarnya agak kritikal… nurse menyuruhku untuk keluar & tidak mengizinkan aku berdiri dari situ.. namun aku tidak rela lagi
berganjak dari situ walaupun sesaat.. aku tahu, Aliff memerlukan aku & isteri untuk terus berada di situ… saat itu.
Air mata mula membasahi… aku dan isteri tetap berdiri disitu..
Dapat ku lihat doctor mula member renjatan pada dada aliff untuk membantu jantungnya.. setelah cubaan sebanyak 2 kali… ia tetap tidak berhasil. Aku lihat seorang lagi doctor cuba melakukan CPR ke dadanya….
Tiba tiba salah seorang doctor yang berada di bilik Aliff keluar dan memberitau.. “ I think we couldn’t make it.. u get in, stay & spent your time with him”… kata-kata itu cukup memberitahuku keadaanya..
Aku dan isteri terus ke arahnya dengan hati yang resah & sayu, selang 10-15minit tok” & tokwan, paklong, maklong, paksu & maksunya sampai bersama kakaknya.. Ainur Humairaa.
Saat itu.. amat memilukan…. Hanya doa buatnya.. sejurus selesai neneknya membacakan Yassin, Aliff semakin hampir untuk pergi.… aku, ibunya & kakaknya terus berada disisinya memegang tangannya dengan erat, kukucup dahinya & aku cuba kuatkan semangatnya untuk bertahan.. agak berat untuk aku melepaskannya pergi.. ketika saat-saat akhir itu.. dengan kuasa & izin Allah s.w.t, walaupun Aliff dalam full bius, sepatutnya dia tidak sedarkan diri mahupun berkata-kata..namun pada masa itu jelas kelihatan bibirnya berkata sesuatu, walaupun tiada
sebarang suara kedengaran.. namun aku yakin.. melalui pergerakan bibirnya itu..dia menyebut sesuatu yang sangat indah buat kami sekeluarga.. di akhir pergerakkan bibirnya aku rasakan seolah-olah.. dia menyebut “bye bye ibu & bye bye abah”.. sesudah itu.. Aliff pun selamat ke rahmatullah..
Ya Allah..
Jam 10.08minit 14 Zulhijjah 1431H.... Aliff di sahkan
telahpun kembali ke rahmatullah.. arwah telahpun pergi dengan tenang & aman…
Dalam kesedihan yang tidak dapat di gambarkan, namun
aku & keluarga redha dengan ketentuan-Nya.. hanya doa yang dapat ku iringi buat anak tercinta
AliffHakimi………………….
aku redha dengan apa jua qadar &
qadarMu.. Aku bersyukur kerna Aliff ditetapkanMu sebagai
salah seorang ahli SyurgaMu..
Selesai semua urusan hospital.. jenazah di bawa keluar dari PPUM pada 11.45pg.
Jenazah terus dibawa ke Surau Al-Falaq Seksyen 6. Kota Damansara, setiba di sana.. semuanya telahpun bersedia menunggu ketibaan jenazah.. saudara mara, jiran-jiran & sahabat-sahabat sudahpun menanti..
Aku dan ibunya turut bersama-sama dengan iman & ustaz memandikan jenazah.. di saat itu….. “Allah hu akhbar!!”… hanya tuhan yang tahu perasanku.. kulihat sekujur tubuh seorang anak yang ku jaga & yang aku sayang selama ini, kini berada di depanku dan sudah tidak lagi bernyawa.. sesekali melihat wajahnya sejuta kenangan datang ke benak mindaku…..
Selesai memandikan jenazah.. arwah di kafankan.. selesai semuanya sekitar jam 1ptg.. arwah di letakkan di dalam perkarangan surau untuk diziarah buat kali yang terakhir oleh ahli keluarga, saudara mara & para sahabat.. pada masa itu.. kesedihan menyelubungi kami sekeluarga.. selepas di mandi & di kafankan, ku lihat arwah tinggi orangnya.. selama hampir setahun
arwah tidak berdiri tegak.. & pada hari ini.. arwah tegak & kelihatan sudah tinggi.. wajahnya berseri-seri.. mata & mulutnya tertutup rapat..
Solat jenazah dilakukan sejurus selepas solat zohor..
Sesudah solat jenazah.. arwah terus dibawa ke tanah perkuburan Sek.9
Kota Damansara Barat.
Jasad allahyarham Aliff Hakimi Bin Mohd Hafiz Nor selamat
disemadikan pada jam 2petang..
Sesungguhnya Allah lebih menyanyangi arwah. Dengan
kehendakNya Aliff dilahirkan ke dunia ini & dari kententuaNya juga Aliff di kembalikan. Ya Allah Kau cucurilah roh Aliff Hakimi dengan rahmat-Mu, tempatkanlah dia di SyurgaMu yang
terindah. Golongkan rohnya dikalangan orang-orang yang dikasihiMu semoga Aliff mendapat kegembiran & ketenangan di syurgaMu.
Segala yang kita ada pada hari ini adalah hak mutlak Ilahi.
Selagi kita berkesempatan dengan nikmat & pemberianNya di dunia, syukurilah dengan setiap apa yang di anugerahi-Nya
Amin,
Allahyarham Aliff Hakimi Bin Mohd Hafiz Nor
[2hb March 2007 – 21hb November 2010]
Mohd Hafiz Nor Bin Ismail
Aliza Binti Amran
Ainur Humairaa Binti Mohd Hafiz Nor
Ainur Haziraa Binti Mohd Hafiz Nor
-------------------------------------------------------------------
AL-FATIHAH
SEMOGA ROHNYA D'CURURI RAHMAT
AL-FATIHAH
SEMOGA ROHNYA D'CURURI RAHMAT
No comments:
Post a Comment